Semenjak Covid-19 melanda kita beberapa tahun yang lepas, saya yakin dan percaya ramai di antara kita yang semakin selesa dan percaya untuk bekerja dari rumah.
Sebelum Covid 19 melanda, idea bekerja dari rumah mungkin kedengaran janggal dan agak pelik bagi kita, orang Malaysia. Namun saya percaya selepas pandemik, ramai pula yang semakin selesa untuk bekerja dari rumah, kan? Malah ada yang mencadangkan pihak kerajaan membenarkan semula kakitangan kerajaan untuk bekerja di rumah secara bergilir-gilir.
Apakah Kerja Dari Rumah yang boleh dilakukan samada secara part time atau sepenuh masa?
Sekiranya anda masih tertanya-tanya apakah kerja online yang anda boleh buat duit walau hanya dari rumah, anda akan dapat jawapan selepas membaca blog ini.
Senarai di bawah sesuai untuk kerja sambilan dan juga kerja sepenuh masa.
Menjual makanan
Rakyat Malaysia memang sangat terkenal dengan sifat suka makan ataupon kita panggil sebagai ‘food lover’.
Ada yang sanggup beratur berjam-jam untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka. Oleh itu, sekiranya anda pandai memasak dan suka memasak, anda boleh jadikan hobi memasak anda untuk buat duit.
Anda boleh memasarkan masakan anda melalui Facebook atau group Whatsapp kawasan setempat. Asaalkan makanan yang anda sajikan menarik, sedap dan berbaloi, pastinya akan mendapat sambutan.
Menjadi dropship
Di zaman serba canggih ini, segalanya hanya di hujung jari, anda juga boleh memulakan perniagaan tanpa modal dengan menjadi dropship berdaftar.
Ada pelbagai pilihan untuk anda menjadi dropship yang bagaimana.Yang pertama, anda boleh berdaftar sebagai dropship dengan pelbagai produk bumiputera yang boleh dipercayai.
Antara produk yang saya boleh cadangkan adalah Eskayvie. Sistem Eskayvie sangat telus dan sangat adil.
Yang kedua, anda boleh berdaftar dengan marketplace seperti Shopee dan Lazada dan menjadi dropship di marketplace mereka.
Menjadi dropship sangat sesuai untuk anda yang meminati bidang perniagaan. Dengan menjadi dropship anda dapat belajar dengan lebih mendalam selok belok perniagaan tanpa modal dengan hanya kerja dari rumah.
Menjadi freelancer
Adakah anda mempunyai bakat menulis artikel, melukis, mereka cipta atau mempunyai kemahiran tertentu seperti dalam bidang akaun?
Sekiranya ya, anda boleh menjadi freelancer atau pekerja bebas dengan menawarkan kemahiran dan bakat yang anda ada dan kerja dari rumah sahaja.
Pada zaman kini, banyak syarikat yang mencari perkhidmatan pekerja bebas bagi mengurangkan ‘overhead’ syarikat dan mengatasi masalah kekurangan pekerja.
Anda boleh menawarkan perkhidmatan atau servis anda melalui internet. Ada beberapa platform yang anda boleh daftar dan boleh dipercayai, iaitu Fiverr dan Upwork.
Saya sendiri berjaya menjana pendapatan sehingga 4 angka sebulan di Fiverr.
Menjahit
Jangan terkejut sekarang tempahan baju, langsir dan pelbagai lagi boleh dilakukan secara online juga.
Terdapat banyak tukang jahit online sekarang menjadikan menjahit sebagai kerja dari rumah. Ini menunjukkan permintaan memang sangat tinggi.
Jika anda pandai menjahit, tak kisah jahit baju atau langsir atau apa sahaja, anda boleh membuat tempahan secara online.
Gunakan media sosial anda sebagai tempat anda buat duit. Orang akan lebih percaya jika anda buat marketing di media sosial. Kongsikan gambar-gambar hasil jahitan anda. Pasti rakan-rakan anda akan membuat tempahan dengan nada.
Membina Laman Web (Website)
Adakah anda pandai membina laman web?
Sekarang sudah banyak syarikat yang mengambil serius untuk mewujudkan website untuk syarikat mereka. Namun tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk membina website.
Sekiranya anda pandai membina website, mwngapa tidak anda jadikan pekerjaan yang ini sebagai kerja dari rumah anda. Upah untuk membina laman web juga boleh tahan tinggi.
Kursus Online
Anda ada kemahiran atau pengetahuan yang ingin anda kongsikan dengan orang ramai?
Jika ya, anda boleh mengadakan kursus secara online bagi mengajar kemahiran anda tersebut sebagai kerja dari rumah anda.
Ada pelbagai jenis kursus online yang anda boleh buat, antaranya mengajar menjahit, cara edit gambar, cara edit video, memasak, membuat kek, mengurus emosi anak atau mengemas rumah.
Anda hanya perlu mengenalpasti apakah kemahiran anda yang ada permintaan di luar sana. Anda boleh buat kursus online hanya dari rumah sahaja.
Menaip (Typist)
Anda mahir menaip?
Anda boleh kerja dari rumah dengan menjadi typist.
Sekarang semakin banyak syarikat yang mencari pekerja part time untuk typist. Menjadi seorang typist tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi jadi lebih mudah untuk anda mencari kerja sambilan sebagai typist.
Customer service
Dengan semakin banyak syarikat yang menuju ke arah ecommerce dan marketplace, banyak juga syarikat yang memerlukan customer service yang kerja dari rumah. Anda tidak perlu hadir ke pejabat tetapi anda perlu bersedia menjawab sebarang soalan yang dikemukakan oleh pelanggan di laman web syarikat anda.
Menjadi customer service yang kerja dari rumah anda perlu sentiasa bersedia kerana kita tidak tahu bila pelanggan akan menghubungi kita. Anda perlu ada mindset yang betul sebelum mencari kerja sebagai customer service.
Blog
Sekiranya anda lebih suka kerja dari rumah dengan masa yang bebas, anda boleh cuba mulakan blog anda sendiri.
Saya faham kerja dari rumah bermakna kita tiada kawan sepejabat yang boleh berkongsi tekanan kerja atau berkongsi cerita.
Oleh itu, menjadikan blog tempat anda berkongsi pendapat dan idea mungkin langkah yang bijak.
Bisnes Online
Sekiranya anda minat berbisnes, selain dropship anda juga boleh menjalankan bisnes online sebagai kerja dari rumah anda.
Bisnes online dan menjadi dropship hampir sama cuma bisnes online memerlukan anda mengeluarkan sedikit modal untuk beli stok dan anda perlu menguruskan pengeposan sendiri.
Anda boleh menggunakan platform yang sedang terkenal sekarang iaitu TikTok Shop untuk memperkenalkan barangan jualan anda.
Selain itu anda juga boleh menggunakan Facebook dan Instagram sebagai kedai online anda.
Penutup
Akhir kata, kerja dari rumah kini bukanlah lagi sesuatu yang mustahil. Ada banyak cara untuk anda mula bekerja dari rumah. Apa yang penting adalah motivasi diri anda sendiri kerana apabila anda bekerja dari rumah bermakna tiada bos yang akan memantau anda. Anda perlu mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk bekerja setiap hari.